Monday, December 6, 2010

owh, baru ku tahu rupanya....

Etika diet Rasulullah:
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

rupa-rupanya.....:.

Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik


Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.


Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.


Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.


Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan


Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.


Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.


Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.


Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.


Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

Friday, November 12, 2010

ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je...

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.

6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.

6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:

6 minggu: Baby, ada org call u nih..

6 bulan: Eh... Your call...

6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?

6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..

6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..

6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??



Wednesday, November 10, 2010

ombak rindu the movie? aku baru tau!


hahahahaha...ye..mmg aku dah ketinggalan zaman..cite ni dah kecoh br aku nk tau..kih3... mmg dasar aku ni kurang tahu hal2 entertainment ni...eccehhhh... padahal kalau bab movie2 ni aku la no1...heeee...

mase aku tgk cite lagenda budak setan, ada gak terbayang2 alangkah bestnye kalo novel fav aku lak pasni wat movie (ombak rindu)..tup2 masin angan2 aku nih... tu pun la ni br aku tau... ape daaa.... kompem aku tgk wayang cite ni!!!!!!

tapi kan...tapi..tapi..tapi.... aku rase x sesuwei la maya karin amik watak izzah.. patut xchange ngan lisa (watak mila) .... biar lisa amik watak izzah tu..pada aku lisa lagi nampak muka melayu yg asli n lembut...maya karin lak leh amik watak mila... mcm ala2 cite pisau cukur gitu.. hik3... tu pendapat aku jer..pape pun..hope maya karin n lisa dapat mendalami watak yg real seperti aku mendalami perasaan aku mase baca novel tu... perghhhh....exited ni!


7 Perkara Ajaib Yang Kita Terlepas Pandang


1)
MEREKA YANG MELIHAT KEKUASAAN ALLAH SWT, TETAPI ANGKUH MELAKUKAN MAKSIAT

2) MEREKA MEMAKAI TUDUNG, TETAPI SEOLAH OLAH TERLANJANG

3) MEREKA MENGAKU UMAT NABI MUHAMMAD SAW, TETAPI TIDAK BERSELAWAT KEPADANYA

4) MEREKA YANG MEMENUHKAN TABUNG-TABUNG AMAL, TETAPI DENGAN RASA RIAK

5) MEREKA YANG MEMPERTAHANKAN AGAMANYA TETAPI MEMBIARKAN SAUDARANYA MATI KEBULURAN

6) MEREKA YANG DITIMPA UJIAN SEBAGAI (PENGHAPUSAN DOSA) TETAPI BERSANGKA BURUK KEPADA TUHAN

7) TETAPI LEBIH AJAIB JIKA MEREKA MENGETAHUI (ILMU) TETAPI TIDAK BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBAIKAN


Thursday, November 4, 2010

Aku menangis baca kesah ni!

KISAH ITA....

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...."





mimpi engkau lagi..arghhh!!!!!


buat yg entah berapa kali..aku masih mimpikan dia... dah x terkira... mungkin bende ni akan menghantui aku seumur hidup ini.... kenapa..mengapa dan apakah bile aku mimpikan engkau tandanya engkau pun ada teringatkan aku??? arghhh..mustahil.. aku sekejap je ada dalam hidup ko... ko pun kejap je hadir dalam hidup aku....

tp...tp..nape setiap kali mimpi itu dtg.. segala yang indah2 pernah kita alami bersama dulu kembali dalam mimpi itu.... seolah2 dilakonkan semula oleh kita..arghhh...aku benci ko... nape ko ganggu aku lg walaupun dalam mimpi???!!! aku nak lupakan ko dan aku sudah pun lupakan ko.. smua yg jadi antara kita dulu aku dah buang jauh2... so..aku harap ko x dtg lagi dlm mimpi aku...haihhh..nape la aku mesti pernah kenal ko!!!????

berhati2 lah KAUM HAWA!!!

aku dapat kesah ni kat fesbuk aku...td aku terbaca la note pasal bende ni..so, penting la aku rasa tuk share bende ni lg2 ngan kaum yg sejenis ngan aku....hati2 la kaum hawa...

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalambahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihanya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telahmengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Be lia u seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satupembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana diatidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukanhubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu..


Moral of the story::

NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE...MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS...BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI!!!



tapi kan..aku rasa pic ni adalah anak hamster.... so..aku pun x tau la kesahihan bende ni sama ada benar atau rekaan semata2..tp apa2 pun..berhati2lah KAUM HAWA.



Wednesday, November 3, 2010

kesah raya aku yg lepas....

syawal br2 ni mmg meriah...sbb smua adik beradik aku ader... ramai sgt smpai nk tdo pun kne bawak keluar smua perabut sbb x cukup space nk tdo..dapur pun da jadi mangsa untuk tdo jugak.. dahsat tol family aku ni..tu ler..baka ramai sapa suruh..ngeee....

actly tahun ni smua ade sbb nk bincang pasal famly... pasal apa? pasal family la... pasal apa lg.. heeeee...... aku da mengarut ni... haihhh... busan... sbnrnya walau pun meriah aku x berapa nk hepi ler syawal ari tu... aku ngah kechewa.. kechewa sbb pe??? biar la hanya aku yg tau... hmmm..... ok... done!


.::aku lak konvo::.

before graduate


lama giler aku x jenguk blog aku nih. giler bersawang sampai berjuntai ke lantai. da masanya aku mengemas blog aku ni, buang habuk, sapu, buang ape yg patut....sigh..penat ler...

so, bile da settle smua tu, skg aku nk cite ler pasal aku konvo 8/8/2010 aritu... pergh, skg da bulan nov..bygkan da bape bulan aku x wat entri br kat blog aku nih..urm..biar la.. bukan ramai sgt nk baca pun blog aku ni ( penah ade ke yg berminat??) ntah ler...syok sendiri kott...hahahah

okey la.. nk cite pasal konvo aku aritu, sgt special sbb ramai yg tersyg ada disisi walaupun x smua. yg penting, mak n abah tetap ade! kekasih hati lak dtg naik keta.. nk dijadikan cite, otw dia dtg, tayar keta lak pecah... cian... smpai2 jer aku tgk lenjun bj dia.. xpe.. bekorban la cket demi isteri tercinta ni..tetttt...isteri ke??? ngeeee~

pape pun, aku dapat 2 jambak bunge n teddy bear.. tu lebih dr cukup...sejambak dr abg azrul, sejambak lg dari kekasih hati... teddy bear lak dr best friend ku wani... luv u all..muahxxx!!!!

after graduate


bonda tersayang


bestfriend, wani


kekasih hati


family tersayang





Tuesday, July 20, 2010

ulser again..damn!!!!!



benci benci benci....

x suka x suka x suka!!!!!!!!


mkn susah, minum susah, gosok gigi susah, nak berckp pun ssh...!!!
damn damn DAMN!!!!!

dah lame x kne ulser mulut nie... tibe2 kne lak..igt biase je... tp dh dkt 3 minggu x baik2 pun!!!
kene tang lidah lak tu..punye la ssh nk mkn, minum..nk bergayut kt tepon pun seksa...
aduhhhh.....x suka!!!!!! bile nk sehat nie....huhuhuhuhu... nk nangis je rase...
makkkk............ :'(


Sunday, July 11, 2010

untuk sape kalau bukan anak....

bgn pgi2 je ari ni dh bau nasi lemak yg harum dgn daun pandan.. yea yea...pg td dapat la mkn nasi lemak air tgn mak. mlm td br je ckp2 ngan mak nk mkn nasi lemak. tgk2 bgn pg je dh bau..tu la mak... x bole dgr bile anak dia ckp nk mkn ape. terus je dia masak. pagi tu mkn same2 ngan mak..tp sian mak, mkn nasi lemak ngan timun je. sejak lepas kimo ( rawatan kanser) ni mcm2 mak x leh mkn...yg pedas2,yg masam2,yg gatal2 smua x leh. smua kne pantang. xpe la, janji mak still ade selera nk mkn. kalau x nk mkn tu yg risau.

settle je mkn, mak suh aku tukar cadar n sarung bantal dlm bilik aku tu. dh dekat 5 bulan aku x tukar. tu yg mak merungut.anak dara ape la ni...hihi. sedang berkemas2 tu, mak pun masuk bilik aku.then...tadaaaaaaaaa..... liplapliplap mate aku secare tibe2...hihi...

i got ring! yea!

mak bagi cincin dia....dh lame dh dia beli.. ntah aku dh lahir ke blum mase mak aku beli cincin tu. ade 2, 1 mak dh bg akk, so..this one aku punye la..hihi.. cincin diamond mak kate... dulu mak beli bayar ansur2..nk byr terus x mampu... mak kata mmg dulu mak rajin beli brg kemas tp bukan tuk mak tp nak bg kat anak2 bile dh besar... sblm ni mak dh bg rantai..dh dkt setahun aku pakai rantai ni... skg cincin lak mak bg.. mak kata walau x seberape tp jge la brg ni elok2... mak kata lg lps ni nk bg gelang lak... mcm mane la rupe gelang tu agaknye ye... hihi...

x kesah la mcm mane pun. janji ape yg mak bg aku terima je n for sure aku akan jge elok2. rase2 mcm nak turunkan brg2 tu kt anak aku lak nnt (kalau ade jodoh n umur panjang) wah... angan2 dah melebih ni..hihi..

pe2 pun yg penting...yg aku tau...
aku S A Y A N G mak aku sgt2!!!!!!




Saturday, July 10, 2010

ict...mcm oversea ke???

take a look of this, nice...but for me biase je... x la havoc n best mane pon sbb sesak giler mse aku pegi tu... nk capture pic pon x de ruang smpai aku kne pegi area ujung2.. baru la lengang ckit x de org....tu la..pegi mlm minggu lg... kalau pegi week days ok la..x sesak sgt kot... nape la ramai sgt ekk???? best sgt ke?? aku tgk biase je...ok la.... juz nice...ngeeeeeee~

actuly aku ckp camtu sbb mse pegi tu aku ngah x de mood.
penat+sakit kepale+PMS... tambah2 ngan ramai org..
perghhh..aku rase nk menjerit je time tuh....

tp cover babe...dh pegi ngan kekasih hati..,kne la cover...
kang dia kata kite x hargai lak kan. dia dh bwk kite jalan2..
so, wat2 hepi n smile yg x berape nk seyum la
hihi.....

so...ni je la pic yg sempt amik....










Thursday, July 8, 2010

Angan Saje..haihhh...alangkah....

ni gara2 tension+bosan=twilight
ade kne mengene ke??? teeetttt...hihi
so..saksikan la hasilnye..
bukan nk ckp pe kan..tp mesti ramai yg jelez...
dah2..jgn jelez lebih2..korang pon leh dpt..weeee~





the twilight saga
"extra moon"
kahkahkah....


petua-petua tradisional



Menghasilkan Kulit Cantik:
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan .

Menegangkan Kulit Muka :
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Jerawat:
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.



Menghilangkan Parut di Kulit:
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menaikkan Seri Muka:
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Mengatasi Senggugut:
>>Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.
>>Amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedar.
>>Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.




Merawat Panau:
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

Mengelak Rambut Gugur:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Menghilangkan Kelemumur:
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.



Menyegarkan Mata Gatal dan Letih:
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Melangsingkan Tubuh:
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Saturday, May 8, 2010

aku dan sesuatu....


aku.ntah la.pe nk jd pon x tau..

sesuatu.ntah.lg aku x tau ape ntah..
yg aku tau... hidup aku skg sgt bahagia..
dikelilingi insan2 tersyg...
duk umah je skg..dh jd baby siter..

bangun pg, aidil...nk mkn, aidil...nk mandi, aidil...
nk rehat kejap, aidil... nk tido, aidil...
mmg hidup aku skg 24hours tuk aidil...
mmg tu yg aku nk pon...hepi bile melayan baby 5 bulan ni...
even dia menangis ke, mengamuk ke... ttp suka layan dia..
ye la..dia baby..ape yg dia tau...
lapar dia, sakit dia, dgn tangisan je la di leh mengadu kt kite...
tu pon kalau kite paham..wat nye x paham..alahai,siannye dia.

tu la dia..kecik2.. mmg jge bagai menatang minyak yg penuh.

kalau boleh, seekor serangga pon x leh dekat...
tp kalau dh besar nnti melawan... haihh... sebaknye dada
agaknye..tu la yg ibu2 rase kan....
erm..walau aku x bergelar ibu pon, tp aku leh rase n agak...
sbb aku dh puas jge budak2 nie.. almaklumlah..
aku ni anak bongsu.. kakak2 n abg2 smua dh kawin..
so, berderet2 la anak2 buah aku...

anak aku lak bile??? ntah..kawin pon x lg..haihh..

anak2 buah dh ade yg kawin, bertunang...
maksunye nie...ntah la...ala..relex r.. br 22thun...

si dia pesan
" dh abis study kan, i bg u peluang keje dulu then br i masuk minang"

awk nk masuk minang? mak aihh..wat nye aku x ready lg camne?
rase2 cam takut nk alami alam perkahwinan ni...

ye la..dh biasa hidup membujang kan..
tido sorang2.. hal peribadi smua simpan sorang2..

bayangkan dh kawin nnt tibe2 time tido ade seseorang..
lelaki lak tu...

huh..ade gak aku lari tido kt bilik mak abah ni kang..
hahah...wat malu jer...

pastu smua hal peribadi aku kne share ngan si dia..
huh..x ready..x ready..!!!!


tp.....teringin tu ade bile tgk pasangan yg bahagia..
haih..kompius2...

pe2 pun....aku nk rehat ckup2 kt umah lu...
4 tahun aku study..

kene rehat kan minda ni dulu..lps konvo, br aku cr keje...
urm..harap rezeki aku ade la dlm dunia pekerjaan nie..amin...

niway...to si dia... i harap u sudi tnggu i sampai i ready k...
i syg u k!

erm...so, ni je mase yg terluang tuk ari nie sbb aidil dh sehat cket..
so dia x meragam n tido awal..leh la maksu nye ni 0n9..hihi




Wednesday, May 5, 2010

cuti?? dh abis study la....


skg dh cuti..eh..silap2..dh abis study..

tnggu mase tuk konvo, then keje...
nk cr keje...nk cr keje...
ade sape2 nak tawar sy ape2 keje?
iT department plz! hahaha..( bongkak je bunyik)

skang duk tanam anggur kat umah!
owh...i need this!

new Hair, new Clothes,
new accesories,
going Holiday, Jeans, Beg,
Speck, Ink tuk Printer,
arghhh.... stress!

tunjuk cket2 jer...hihi

btw.. dh dpt new hair.. br je wat rebonding..
hik2..org belanje..sape x nk...
muah3..thx pade si dia yg belanje..hua3..



Monday, April 12, 2010

Belated bufday dear!

hepi belated bufday dear...
walau your bufday 08/03/2010..
br this month dpt celebrate......sori dear...
i really buzy lately....tp kan..erm...
kenapa i rase i lak yg sambut bufday....
coz u yg bg i present..patut i yg bg u....
hehe..pe2 pun..i dh bg present kt u kan...
i cr hadiah tu ngan farah... pusing 1 jonker walk...
i tau u nak bende tu sgt2 tp x berkesemptn nk beli...
so...i dh belikn tuk u....=)
hope u like it!



so...BR yg u blanje tu..sdap sgt....
and..hadiah yg u bg nie pun..sweet sgt....
really love u dear.....muah3..





Saturday, March 27, 2010

Earth Hour!


mesti ramai dh x ingat kan bende nie...
dh setahun pun..
hari ni kali ke2 kte lalui detik earth hour!
korang smua jgn lupe k...
bende ni akan dibuat tiap2 tahun...
tp hanya pada hari sabtu akhir bulan march....
kenapa dorang pilih march ek??? pkir2 la sendiri....
sama2 la kita 1 malaysia menjayakannya..
x susah pun...bergelap dlm 1 jam jer....
korang off smua bekalan elektrik k...
dari kol 8.30 p.m sampai 9.30 p.m....
27 MARCH 2010

"kita hanya mempunyai 1 bumi...peliharalah ia"



Monday, March 22, 2010

senyummu penawar hati.... =)


MUHAMMAD AIDIL RADHUAN


betul la kata org...
hati mana yang x cair melihat senyuman si kecil...
hati mana yang x cair melihat telatah si kecil...
hati mana yang x cair melihat rengekkan si kecil...
camtu la yang aku rase sekrg...
mcm2 masalah timbul..
dugaan dtg bertimpa2...
tp...dgn melihat senyuman dan telatah si dia...
membuat ku bahagia..bahagia sgt...
senyuman mu menghilangkan lara di dada...
telatah mu menghilangkan penat di jiwa...
dalam nyeyakmu...terasa lapang didada...

itulah dia nikmat apabila bergelar seorang ibu kan...
mungkin mcm tu la yang kakak ku rase sekarang...
aku??? aku hanya bergelar seorang "maksu"...
maksu yang single but not available..hehe
tp cam aku lak yang over lebih...haha....
pe2 pun..maksu cyg AIDIL.....
senyumanmu mengubat lara di hati sang ibu...




Sunday, March 14, 2010

cerita ini panjang..tp x de tajuk!

kali ini...mmg benda yg ingin aku cerita adalah cerita dari hati
hati yang kadang2 aku sendiri pun x paham...
padahal..ini hati aku...tp aku rase kosong...
kosong sgt...ntah kenapa....aku rase...
aku lg bahagia dgn hidup aku yang 7 tahun dulu
dulu...
aku yang hidup hanya untuk diri dan fmly

dulu...
aku x perlu fikir sape2 melainkan diri dan famly..

dulu...
apa yang aku buat smua untuk diri dan famly aje...

dulu...
aku antara pelajar terbaik....every year aku naik pentas

amik anugerah..mak abah dtg skolah dgn kebanggaan....

tp sekarang????
sejak aku mula mengenali seorang insan bernama lelaki...
aku dah jadi lain...
sekarang...
aku lg banyak fikir hal dia berbanding diri n famly...

sekarang....
yang kerap aku contact adalah dia berbanding famly...

sekarang....
kenapa aku rase dia lg penting untuk aku berbanding famly..

sekarang...
study aku ntah kemana... apa yg aku belajar pon aku x tau....

tiada kebanggaan tuk aku beri kpd mak dan abah lg....

adakah silap aku kerna megenali seorang lelaki????
detik mula perkenalan aku rase indah sekali...
kerna pertama kali hati ini disentuh oleh seorang lelaki....
smuanya indah...tp syg... smua tu x lame...
adakah sbb aku bukan ciri perempuan yang dia nak???
adakah kerna aku bertudung?
adakah kerna aku terlalu menjaga kehormatan diri ini???
ya...aku tau..dia iginkan seperti couple yang lain..
berpegangan tgn..
berpelukan...dan selebihnya..
tp itu bukan cara aku.... BUKAN CARA AKU!
yang aku tau aku dipihak yang betul....
lantas... kau menduakan aku....
kau lebih memilih dia yang boleh memenuhi smua kehendak kau...
bila aku tahu kebenaran..aku tinggalkan kau...
tp kenapa kau perlu sakit???
adakah kau sakit sbb ingin minta simpati aku???
kau nk aku kembali??? yee...mmg itu yang kau nak....
tp maaf.... saat itu aku dh tawar hati untuk kau...

sejak tu... study aku kian merosot...
sampai aku sakit...terlantar kat hospital...
aku menderita....aku dah merisaukan famly aku..
smua gara2 kau...dan gara2 kau juga la....
aku terpaksa extand study aku selama setahun...

dalam tempoh itu..semangat aku kembali pulih...
aku mula kembali study seperti biasa....
dlm pada itu...tuhan temukan lg aku dgn insan yang bergelar lelaki...
aku pernah mengenali dia seketika dulu...
tp dulu...dia x mengenali aku..hanya aku yang mengenali dia...
kini...dia pula yang ingin mengenali aku....
pada mulanya...aku anggap itu perkenalan biasa...
cuma kawan2...tp lame2 kami semakin intim walau x pernah berjumpa

aku cerita smua apa yg jadi pada diri aku....
dia amat memahami...selalu menasihati aku...
kdg2 aku lbih anggap dia sebagai abg...
detik pertemuan kami yang pertama biasa jer...
kalau org lain malu2..tp pd aku x...
sbb..aku x de perasaan pun pada dia...
tp...lama kelamaan...hati aku seperti dibuai2 lg...
dibuai dgn layanan yang terlalu istimewa dr dia...
lastly...aku accept dia jd bf aku...
arghhh....aku igt pilihan aku tepat...
tp...kali ini mmg aku telah diperbodohkan sebodohnya...
aku dh tersalah pilih..pilih punya pilih...
terpilih playboy...arghh...
patut la kau terlalu pandai melayan perempuan...
so, hubungan tu cuma bertahan setahun jer...

alahai..mmg nasib aku ke selalu kne main ngan lelaki?????

lps tu..sekali lg pintu hati ini diketuk oleh seseorang...
dia mmg seorang lelaki dan anak yang baik...
kuat iman...berjaya dlm study...pandai cr duit sendiri..
dia x suka susahkan famly...serba serbi sempurna dimata aku...
tp..kali ini...aku x nk cepat melatah...
ntah kenapa..hati aku mmg x terbuka untuk terima dia lebih dr seorang kwn...
sebenarnya aku takut dgn diri sendiri..
aku takut, aku x cukup sempurna untuk dia...
biarlah dia mencari perempuan yang setanding dgn dia...
so...hubungan kami tnggal menjadi sahabat sehingga sekarang....
walau dulu dia pernah ckp akan tnggu aku tuk terima dia sbgai kekasih...
tp kini...aku bahagia lihat dia sudah temui wanita yang mmg layak untuk dia...

arghhh..apa yang ada dlm hati aku ni????
yang pasti..aku pun x pasti apa yang aku nk...
mungkin..hati ini masih lagi milik seseorang....
lelaki yang pertama berjaya menakluki hati ini...
tp..kau telah melukai hati aku sedalamnyaa...
parutnya masih merah lg.....
kenapa perlu aku menyayangi kau lg...
ye...dgn itu... kau berjaya takluki hati aku sekali lg....
kali ini kau hadir dlm keadaan yang berbeza...
berbeza dgn diri kau yang dahulu...
kini kau semakin matang....
kini kau semakin menghargai aku...
kini kau cuba untuk memahami aku...
kini kau tahu yang kau inginkan hanya aku....

tp...kenapa kau berubah menjadi seorang pengongkong????
kdg2 aku x paham..kenapa aku nk pegi kuliah pun kau tegah?
kenapa aku nk pegi keluar mkn dgn housemate aku kau tegah?
kenapa aku nk pegi kenduri ngan famly aku pon kau tegah???
kenapa kau x mempercayai aku?
kenapa pada engkau kata2 aku smua dusta???
kau sape nk larang aku wat smua tu???
kau hanya bergelar seorang kekasih..bukan suami...

arghh..bodohkah aku terima kau kembali????
kenapa kau terlalu mengongkong?????
adakah sbb ko takut aku seperti perempuan2 yang ko penah kenal???
perempuan2 yang dulu menduakan engkau?
perempuan2 yang dulu mendustai hubungan korang???
arghhh....jgn kau samakan aku dgn perempuan2 itu!!!!!!

hari ini...aku masih tidak pasti...
adakah aku betul dgn memilih kau kembali??
aku harap..aku betul...
kerna...engkau telah berubah...
x salah tuk aku beri kau peluang kedua....
kerna ku tahu....semua yang berlaku mesti bersebab...
dan sebab2 itu hanya Allah yang tahu....



to be continue...








Friday, March 12, 2010

missZie in Wonderland!

time to enjoy again...yeah..itu la sy...
hobinye..berenjoy..bukan berenjut ok..
(berenjut??? watever la....ahahaha)
kali nie ngan housemate...
dorang ni smua dh mcm adik2 aku jer...
adik2 teman semakan, seduduk, sengumpat..
hah...ngumpat tu yg nk kene bold tu..hik3




kali ni duk tgk alice in wonderland lak...
3D lg gitu....hehe...
cite2 gini kene tgk ngan geng2 gurls jer...
kalau nk tgk ngan "teman tapi mesra"
berputeh mate je ler... mana der lelaki layan cite cenggini...
tp enjoy ngan kwn2 best nye lain...leh nakal2 cket..
kalau ngan si dia...alahai..kne control perangai kotttt...
eh eh..kottttt???? ahahaaaa...terlepas lg...ayyoooo....
lps tgk wayang..singgah kat jeti jap...
tgk matahari terbenam...sambil pose n pose n pose again..hik3
itulah saye!


Wednesday, March 10, 2010

update bende lame!

saje nk cite kesah lame...lame x lame la...
x sampai pon sbln lg bende ni jadik!
kesah mmg suspender....
pakwe sblh aku yg ade mase peristiwa tu
pun sampai terkejut n tersentap la aku tgk...
tp nape aku steady jer????
aku rase peristiwa tu x menakutkan pon...
menggelikan ade ler....
tang perut pecah tuh..
eeeeeeyeeekkk...nk muntah pon ade....

hahahhaha..
korang mesti tertanye2 kan..
pe la peristiwa tuh...
alaaa....korang pon tgk la peristiwa tu..
kompem punye...
erm...x yah aku cite pnjg lebar kan...
sbb dh kompem2 korang nampak peristiwa tu
kalau x kompem tu makna nye...
korang mmg bukan kaki wayang era kini ler...
heheheheheh

so...dh paham kan...
pe lg...duk buang mase kat dlm GSC ler....
tgk niyang rapik...
hahaha...gempak kan...
tu je nak cite pon...

niway..ni la pakwe yg teman aku tgk wyg tuh...
"teman tapi mesra"
hahahah..teeettttttttttt*

Sunday, March 7, 2010

...bila smua dh berkaca mata..aku nk gak...

saye ade 4 orang kakak....
kakak2 saye smua dh kawin..
dorang smua dh ade anak pon....
jarak umur sy dgn kakak2 sy terlalu jauh...

yang sul0ng namanye Rofizah..umur dia 50thn
yang kedua namanye Rozita..umur dia 46thn
yang ketiga namanye Rozidah..umur dia 40thn
yang keempat namanye Rohaida..umur dia 32thn

maka...lahirlah baby girl bongsu yg cute lg miut...
diberi nama Rozilah..iaitu saye...yg kini berumur 22 tahun...

hahahahahha
ayat budak darjah 1 punye maaaa....
ingat lg wat karangan mcm ni mase skolah rendah dulu...
tajuknye..."kakak saya"...hehehehhe
kakak2 ku sekalian...
jgn marah ek sbb display u all punye real age kat cnie..hihi..




kakak2 saye ni...smua berkaca mata...
dorang smua pakai spek sejak sekolah menengah lg...
saye sorang je yg mula rabun sejak menuntut kat UTeM ni ha...
entah efect ape x tau la...
tibe2 leh jd rabun..tu la..ngadap laptop on9 24 jam..
sape suruh..sendiri salah..huhuhuhuhu

pe2 pun...dh keturunan rabun..terima je la...
tp dgn kedegilan aku nie...still wat2 x rabon..
kdg2 je pakai spek..dlm waktu2 tertentu...
nak membace ke...
nak drive ke...
tu je la...

tp kalau nk kuar jalan2 sori k....
tolak tepi sama itu spek...argghhh belagak tol aku!!!
hishhh...tobat cepat!!!!


so..skang aku dh admit yg aku mmg rabun...bergantung pade spek...arghhh

Saturday, March 6, 2010

...teringin gak nk pegi korea selatan...


ni gara2 penangan drama n movie korean....
dr baju, dialog, try wat muka cute2, bla..bla.....
tu smua konon nk tiru aksi2 dlm drama la..
ye la kan...hero n heroin korea kn smua cute2...
cute ke? cepet je aku tgk...hahahahah...
tp pe2 pon..x dinafikan...aku pon minat gak tgk..
hihihihihi

tp..x la aku sampai nk tiru smua aksi dorang..
lg2 kalau ade awek2 yg nk wat muka cute2
cam ala2 heroin korea...
eeeee....nyampahnye..sedar la makcik oiii....
x yah nk wat camtu..kite malaywood jer pon..

tp kan...aku teringin sgt nk main salji...
kat genting pon ade...tp x ori...hehe

mak ckp...

"ko pegi kat peti ais tu...
ko amik ais yg melekat kt dinding dia...
pehtu ko kepal2...kan ala2 salji tu..."

amboii..mak pun...nak perli aku ler tu...
huhuhuhu...

lg 1, aku teringin nak mkn ala2 korean...
yg dorang salai2 daging tu...
mkn ngan salad..arrgggghh..sedapnye..
tambah lak ngan sup kimchi....
fuhhhh......tp daging yg halal la...
bukan daging tutttt* ok.....

erm...tu yg aku sanggup buang duit...
masuk "seoul garden"...
sib bik student price rm 23.oo je..
kalau org biasa..dh kene rm 36.oo sekali masuk...
tp berbaloi...ko duduk la 2 jam dlm tu..

mkn je ape nk...
dr daging ayam, kambing, lembu...
ikan segala jenis ikan...
seafood...smua ade..ko salai la puas2....
desert lak ckp je ape..
aiskrim..abc..smua ade...
arghhh..mkn la sampai muntah...
heheheh...

jom3..sape nk pegi...
jom ajak aku sekali..
korang belanja ekkk...
yummmyyyy.....





...Bila Aidil dh 2 bulan...

bila aidil dh 2 bulan...
mak abah n kak eda dh sebok2 nk pikir hal
kenduri cukur jambul aidil....

bincang punye bincang...
maka berlangsunglah majlis tu...
ramai gak yg dtg...
tp smua sedara jer...
x jemput org luar pun...
kecuali geng2 marhaban mak...

temanye...purple...
sape nye idea??
ni ha...maksu nye punye idea...(aku ler tu)
hihihihihihi....

juz enjoy the pic ok...muah3...





Tuesday, February 9, 2010

...:::speechless:::...



1 ptg... ngah jalan2 kat PAS (plaza alam sentral) with mr.K...
tibe2 dia tarik tgk ni terus dibawa masuk ke "hot market"
ngah sales babe.... 50%..70%...
arghhh..rase smua nk cekau...
tp bile pkir poket yg ngah kosong...
berputeh mate je ler jwbnye yong...adehhh....


tp....x balik ngan tgn kosong tau...
tibe2 mr.K aku ni amik ler mr.teddy yg saiznye agak besar
yg aku heran..dia peluk teddy bear tu....
aikkk...cam pelik je mamat ni...
tp comel plak bile tgk lelaki peluk teddy bear...
hahaha...puji balak sendiri...=D

pas tu dia amik lg 1 bear yg saiznya same...
suh aku peluk lak..pehal la dia ni..
dh buang tebiat ker...hishhh..riso aku...


peh tu terus ajak aku pegi casher...nk byr bear tu
perghh..terkejot ko....speechless....
mahal la bear tu...sampai 2 lak...
dh r naek moto...
nak aku peluk ke dua2 bear tu sambil bonceng moto...
tgk2..btol babe...dia beli btol2...hahahah....

bygkan aku pgg dua2 bear ni sambil bonceng moto...
lawak...lawak...
tp....x kesah r...
hargai sgt pemberian tu...
thx dear..luv u so much...muahx!


...:enjoy again:...



cam biasa...
bile ngah stress...
berenjoy la penawarnya...


enjoy x enjoy sgt la...
setakat memekak dlm 1 bilik
yang disewa sejam dgn harge rm15.00
pe lg..luahkan selagi nak pe yg terbuku...
dh jd sekeras tebu..arghhhh

cam biasa...sblm memekak...
posing dulu...hua3....