Saturday, August 20, 2011

Begitukah lelaki????



Terdetik hati aku masa tgk cite "dan sebenarnya...." bahawa yg kita anggap mustahil sebenarnya realiti...... mengenali perangai lelaki dan pengajaran buat perempuan... omg... begitukah lelaki????? pada sesiapa yg x penah tgk telemovie "dan sebenarnya......" ni mayb x kan paham. tapi pada siapa yg penah tgk mesti korang pun rasa cite tu banyak mesej kan....





"LELAKI TIDAK SUKA DIKEJAR TETAPI SUKA MENGEJAR"


Betul ke?????? tp dr pengalaman aku la x semua mcm ni sbb setiap org lain penilaian n pemikiran. juz like lelaki2 yg penah aku kenal *bajet aku ramai skandel la ni* ada yg suka mengejar dan ada yg suka dikejar. sebagai contoh seorang lelaki yg penah aku kenal dia ni gudlooking, hensem, macho... kalau dh mcm tu a...k...a... "playboy" la kan.. *opsss..aku bajet ko x kn baca belog aku ni* kalau dh nama playboy, kompem la suka mengejar pmpuan2 cantek kan...... sgt2 suka mengejar... sebab sekali dia kejar pmpuan, semua pmpuan cair kejar dia balik... aku la salah sorangnye.. tp tu DULU.................................................


yg lagi sorang ni plak... tersgt2 "gentleman" caring, baik hati, juz perfect for me even dia x la hensem mana tp very nice*puji melambung ni. aku bajet ko pun x kn baca belog aku* dia ni jenis bukan kaki kejar dan bukan suka dikejar.. juz cool... x menggatal... dia pandai cr kesesuaian waktu tuk msg or cr aku... even dia tau hati aku belongs to someOne else..tp dia still caring... kira sahabat yg tersgt baek......!!!!


lastly... si dia jantung hati ku.. yg ni mmg parah... aku naik gila jadinya... gila sbb tahan sabar... fuhhh... berasap je telinga, hati, otak aku hari2 ngadap dia ni... dia la paling aku x paham. bile aku amik berat, msg beriye2 dia mcm x berapa nak layan.. bz la..penat la. bile aku diam, x msg..x kol.. dia marah2 ckp aku x kesah kat dia la, x syg dia la... lemak r cmni... patut pmpuan la yg mcm tu..ni dia pulak... manja x bertempat, baran x bertempat. x lama lg nk hidup bersama dh.. mcm mana la aku nk ngadap dia nnt. adoyai.. tawakal tu 'laAllah je la... huhuhuhuhu

so, kesimpulannya... perangai lelaki ni berbeza dan susah diduga... jgn ingt pmpuan je mcm2 perangai..LELAKI PUN SAMA!!! menyakitkan hati! *emo aku nie kalau ckp hal lelaki* haihhh... so, x tau la.. dh ready ke x aku nk jd isteri org nie.... pejam celik pejam celik waktu tu akan tiba jgk... pasrah je la.....

mlm ni je pun aku dh pening melayan dia. bulan puasa ni makin menjadi2 barannya.... serius aku x tahan la.. so, aku nekad... aku x kn kejar dia... aku nk tgk sejauh mana hati dia... hahahahahahahahahahahahhaha.. padan muka!



Tuesday, August 16, 2011

Dear Hati Episod 1



Malam ni tetiba jari terpanggil untuk pengetuk keybord lappy ku ini. kerana rasa sunyi.. menung punya menung tetbe teringat kesah seorang sahabat karib aku. amat karib. kerana sesungguhnya hal dia semua aku tau. Aku gelar dia "hati"....


dear "Hati"...........




mlm ni tertiba aku ingat kat ko... aku kesiankan ko sangat2 sebab sejak ko berusia 17 tahun bermulanya detik hidup kau dihadiri seorang lelaki.... Hati......, aku tau masa tu ko masih mentah, lg2 apabila hadirnya seorang insan bernama lelaki. aku tau kau bingung sebab benda ni x pernah terjadi......., aku tau kau sebenarnya takut untuk menerima dia. aku tau kau ada cita2. ada tujuan hidup. tp dgn kehadiran dia, kau menjadi lain....., kau berubah!!!!!

Hati......, aku tau kau tidaklah sesempurna mana tapi aku tau kau bijak, pandai....., setiap tahun kau dapat no.1 dalam kelas berbanding lelaki yg kau terima itu, tersgt2 corot dan malas belajar. tp Hati......., kenapa kau terima dia??? dia x layak untuk kau.... x sepadan! tp kau dh terlanjur syg dia...!!!!! aku x leh nk halang.... ape2 pun aku tetap ada di sini untuk kau wahai Hati.....

Hati......, lepas SPM kau berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. kau diterima masuk ke universiti.. tp lelaki itu???? gagal spm....!!!!! hanya kerja biasa. x layak untk kau! sudah aku kata, sudah aku pesan tapi kau degil. lihatlah bertapa berbezanya kau dgn dia!!!!! tapi kau tetap sayang dia. bertapa degilnya kau Hati!!!!

Hati......, gara2 dia ko x fakus dlm study. walau x gagal tp ko dpt cukup2 mkn je dlm setiap subjek yg ko ambil. malah kesihatan kau x jaga, sering sakit. apa kau nk tunjuk kat ibu dan ayah kau.... kau dh punahkan harapan mereka gara2 seorang lelaki!!!!!! aku sebagai sahabat karib dah cuba nasihat tp Hati, ko tetap degil!

Hati......, ko pernah mengadu kat aku yg kau sengsara gara2 lelaki itu...., kerana dia bermasalah dlm segala2 hal.. terlibat dgn jenayah walaupun bukan jenayah berat, terlibat dgn dadah, berkwn dgn org2 x da kehidupan. Nah, bukan kah ko dh nampak yg lelaki itu teruk. tapi kenapa kau nk dia lg wahai Hati????? ko jawab, dia setia... walau jahat mana dia, dia setia dgn kau. arhhhhhhhh.. persetankan kesetiaan dia.. dia tu setia sebab x da pempuan lain nk kat dia melainkan ko yg dh buta wahai Hati!!!!!

Hati......, aku x sanggup memikirkan keterlanjuran kau memilih lelaki itu.. tidak smpai hati aku untuk luahkan lg hal itu mlm ini.. tp ingatlah wahai Hati......., aku syg kan kau... kaulah satu2nya rakan paling akrab yg aku ada.. aku x nk kau makin terjerumus dgn semua ini... ini baru sikit kesah kau yg aku singkap.... tak terdaya lagi aku nk mengetuk keybord ni gara2 terlalu sedih mengenangkan nasib kau....


Hati......, semoga kita bertemu lagi....


to be continue...




Wednesday, August 3, 2011

Sebelum dan Sesudah


banyak nye sawang, banyaknye habuk, banyaknye serangga2 yang tak dijemput... puhhhhhh apa nk jadi ngan belog aku nie... dah 4 bln lebih aku tinggalkan... cian dia yer... alolololo muchuk3...

tetiber je nk menjengah belog aku ni hari ni..... belek punya belek..terpikir nk tukar layout... tp malas punya pasal..amik layout lama jer sbb nk padankan dgn header ni yg penah aku guna dulu.... ok la tu... gunapakai a.k.a recycle.... jimat masa n tenaga..hihi

well..... walau dh lambat nk ucap jugak selamat menyambut bulan Ramadhan Almubarak... eh.. nk ckp..aku frust giler harimau malaya kalah ngan singa merah.... haihhhh.... pasrah.... urm..


terimalah gambar ini untuk tatapan mata... kepada yg x nk tgk, cpt2 kuar dr belog aku! huh! aku serius ni!! menchi!


baaaaa...cakk...lama x tgk muka i kan..hihi......




setakat ni..sekian dulu yer..... wassalm.... :)